Saturday 3 January 2015

Udah le tu merajuk.

Jom keluar main! Kredit

Dalam dunia tarbiyah ini yang penuh dengan onak dan duri, di tambah dengan kaca dan serbuk besi berselerak *peh sakit kaki, kental dan tabah adalah syarat yang utama dalam menjadi ahli. Manakan tidak, diri akan diuji dari segenap sudut. Untuk menjadi manusia yang hebat, tidak akan dengan duduk berpeluk tubuh dan goyang kaki laksana puteri. Pasti akan muncul tribulasi, dihimpit kontroversi, dan dihentam emosi. Ceywah!

Ok. Serius. Tak tipu. Ini benar belaka.

Walaubagaimanapun, hanya dengan hati yang benar-benar ikhlas dalam berbuat sehingga ke akhirnya yang dapat bertahan. Hingga ke pintu syurga bak kata orang. Dalam kita dihentam demi mentarbiyah orang, dalam kita membimbing mutarabbi, dalam keadaan masalah diri, jangan pernah kita merasa jatuh *down. Kerana iman kita sedang diuji. Dan masa yang sama dicucuk syaitan dari kiri, kanan, atas, bawah, malah tidak ketinggalan syaitan yang bertopengkan manusia dalam menarik ke jurang bersama. Hingga ke jurang neraka. 

Jika dibiarkn diri hanyut tak diselamatkan dengan pelampung iman, tali ukhwah fillah, mahupun jaket keselamatan kesabaran, kita pasti akan lemas terkapai kapai dalam lautan prasangka sendiri. Sangkaan kita pada manusia yang buruk-buruk, sangkaan kita pada diri kita yang hodoh-hodoh, dan paling teruk sekali, sangkaan yang tak patut pada pencipta diri sendiri. Bagai kacang lupakan kulit. 

Lupakah kita pada nikmat Tuhan selama ini?
Sedari lahir hingga mati.
Segala yang diperoleh percuma pasti,
Hanya khalifah tugas digalas beri.

Keluarlah dari kepompong fikiranmu sendiri. Kenalilah orang disekeliling. Mungkin anda belum mengenali mereka sepenuhnya menjadikan prasangka anda bukan diperingkat pra lagi. Mungkin dah sampai peringkat sekolah menengah mahupun universiti. *Eh. Berlapang dada lah dalam menerima teguran. Salamatun sadr.

Mungkin anda boleh bermula dengan membaca buku personaliti di pasaran. Berlambak weh! Cuma susah nak jumpa kalau cari dekat pasar lambak. Erk. Salah satu buku yang popular ialah Personality Plus. Versi tempatan pun ada diterbitkan oleh Hijjaz Record Publication. Ada empat ciri personaliti yang dibahaskan di dalam buku ini iaitu Peaceful Phlegmatic, Perfect Melancholy, Choleric, dan juga Sanguine. Bku ini sangat menarik bagi mereka yang ingin lebih mengenali diri-sendiri dan mungkin juga membantu dalam hubungan seharian dengan insan di pejabat, di rumah dan juga mutarabbi.


Anda juga boleh layari mana-mana laman sesawang dengan bantuan Pak Cik Google jika berminat ingin mengetahui ilmu ini tapi dengan cara tidak mahu berlabur. Eheh. Tidak rugi membaca bahan sebegini kerana ia membantu untuk menganalisa diri sendiri malah memperbaiki kelemahan diri. Sudah tentu dengan izin Tuhan. In sha'a Allah.

No comments:

Post a Comment