Saturday 3 January 2015

Pelik tapi Benar.



Dalam kehidupan seharian. Mesti kita punya tanggapan pada orang di sekeliling kita ini pelik. *Sambil geleng kepala.

Situasi 1: Dalam tren.

*Semua sibuk dengan diri masing masing.
Si A sedang ber'selfie' dengan gaya rambut yang baru dipotong barangkali. Biasa dah tengok.
Si B sedang melayan fikiran. Hanyut memikirkan masalah pejabat mungkin. Biasa jugak tengok ni.
Si C tenang dengan penuh senyuman menunggu tren. *Berkat solat Dhuha. Koff. Erk.
Si D tengah pegang smartphone sambil mulut terkumat-kamit. Whoa!
A, B, C, menala pandangan pada Si D.
Pelik.


Situasi 2: Dalam kelas. Sebelum pensyarah masuk.

Si A sedang garu smartphonenya. Biasa tengok ni.
Si B bersembang dengan Si C tentang isu semasa kolej. Mahasiswa cakna lah katakan. Biasa~
Si D sedang pegang buku kecil sambil mulut terkumat-kamit.
Si A, B, C pandang macham pelik.

Situasi 3: Aktiviti Dewan Pelajar

Si A dan Si B bertentang laptop. (lainan jantina) Kitorang belajar lah ni!
Si C dan Si D dan geng-gengnya berkumpul dalam bulatan kecil tilawah dan diskusi . Balik ke bilik pukul 2 pagi.
Roomate tak tidur lagi, tengah gigih menangani kemelut yang timbul dalam COC (Clash of Clan). Si C bertentang mata dengan roomatenya. Erk.

Semua itu akan menimbulkan tanda tanya. Kerana Situasi 1, mulutnya terkumat-kamit kerana sedang membaca Al-Quran sambil menunggu tibanya tren. Situasi 2 mulutnya terkumat-kamit kerana sedang Al-Mathurat sambil menunggu kedatangan pensyarah. Situasi 3, lambatnya tidur kerana mendengar pengisian dari Murabbi. Timbul tanda tanya kerana kebaikan yang dibuat-buat seolah-olah mahu menunjuk. Sebenarnya, tidak sama sekali. Tidak dipersoalkan pula tindakan buruk manusia lain dalam seharian. Walhal, dalam hati timbul rasa kesal dengan segelintir yang berani mencabar sensitiviti masyarakat, pergaulan yang tidak terbatas dan kegiatan jenayah yang berleluasa. 

Lupakah mereka pada Rukunegara Ke-Lima. *Ceywah. Perkara yang baik pula diperbesar-besarkan. Malah, merasakan pelik jika perkara baik dibuat secara terbuka. Aneh. Omputih kata 'Rare~'. Pernah satu ketika, ketika di dalam tren, seorang yang bertuduh labuh dalam lingkungan awal 20-an, membaca Al-Quran di tempat duduknya. Tidak jauh pula daripada tempat kejadian, seorang lagi sedang membaca Kitab Suci dalam keadaan berpaut pada pemegang. Wah! Kagum sekejap dengan semangatnya dalam ber-ODOJ. Ekor mataku sempat menangkap seorang menangkap gambar apa yang dilakukan oleh mereka ini. Mungkin peristiwa ini sangat janggal di Malaysia walaupun peratusan Islam lebih ramai dari agama lain.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

Kalau disorot kembali, kebudayan Timur kita mula terhakis. Belum lagi disorot dari segi amalan sunah yang diwariskan oleh junjungan kita. Betapa tenatnya hati dari segi makanan rohani. Hedonisme berleluasa, budaya Barat disanjung tinggi, hasilnya...lihatlah! Direkodkan media massa sehari-hari pelbagai pencapaian yang 'memberangsangkan oleh negara Islam ini. Terjerat dalam perangkap pemikiran. Menjadi boneka dunia. Sampai bila harus diperlakukan begini. Tanya diri. Yang pasti, Islam itu akan berdiri juga satu hari nanti. Jadi, usahlah bersedih, bagi yang 'pelik'. Kerana perbuatan baik itu tidak asing, tapi disebabkan ada satu hijab yang membuat mereka melihat ia pelik.

Hijab pada hati si insan. Yang alpa dan lupa diri itu hamba. Bakal kembali menghadap Pencipta bila-bila masa. Teruskan menjadi yang 'asing' itu walaupun payah, walaupun mendapat tentangan dari mereka yang disayangai, yang masih lagi dibuai-leka. Sedarkan mereka bermula dengan diri-sendiri. Ayuh!

Salam Maulidur Rasul semua :)

 

No comments:

Post a Comment