Wednesday 13 November 2013

Trampolin Dunia

tumblr_mukikrNGXu1s8xtx7o1_500

Adakah anda seorang pencinta ilmu yang tegar?

Ya??
Kurang pasti??

Mari kita cek key performance indeks (KPI’S)

1) Liat ke program anjuran mana2 badan sewaktu pengajian

Contoh situasi:-
Mama murobiyah/naqibah datang secara mengejut untuk sembang2 kuih raya dengan anda tetapi anda banyak diam dan senyum sedikit tawar dari kopi yang dihidangkan. (Kopi tu anda buat untuk stay-up,hadoyai memang langkah kanan!) Mata asyik dilirikkan ke komputer melihat laporan2 (report2)  atau esaimen yang bertimbun-timbun. Dalam kotak fikiran mula berfikir apa yang aku buat sampai hri ni baru nak siapkan semua kerja tu. Anda teruskan senyuman anda  di hadapan Mama murobbiyah yang kemanisannya semakin hilang. Mama murobiyah tiba-tiba mencetuskan apa yang anda fikirkan. PROGRAM. ‘’Ya ..program, jom! Akak tunggu kamu dekat sana esok ye~ Dah lama akk tak pergi program dengan kamu. Jom teman akk~ hee’’  Dan waktu itu.. krikkkrikk..

2) Eksaited bila ada jualan suplemen untuk otak

Contoh situasi:-
Anda keluar bersama-sama dengan halaqah-mate (teman halaqah) anda untuk berjaulah (Jalan jauh-jauh Lah) disebabkan dah lama kepingin ingin berjalan berpimpin tangan sambil menikmati suapan makanan.Oh Rindu! OK. Drag-back. Tapi sebelum itu, singgah di pasaraya dan laju2 tapak kaki anda pergi ke tempat vitamin-vitamin atau makanan kering seperti (kismis.kurma) Anda hilang dalam misi seketika. (M.I.A).. Mujur mama murabiyah dah synchronise dulu dengan anda supaya apa yang kamu nak buat tak perlu buat laporan pada mama murobiyah. (Tapi kadang2 tak dapat agak jugak).

3) Super-riang bila ada kelas malam

Contoh situasi:-
Anda akan super riang bila ada kelas malam, pada malam anda ada halaqah atau usrah. Anda mesej Mama murobiyah anda untuk beritahu keuzuran anda itu. Mama murobiyah anda terus menanyakan anak-anaknya yang lain. Dan berita ‘gembira’ Halaqah itu digantikan pada malam esok. krikk krikk

4) Super fokus bila bagi tips untuk dapat dekan.

Contoh situasi:-
Mama murobiyah menceritakan tentang konsep akidah. waktu tu, dua kali menguap tanpa perasan. Eh! Bila mama murobiyah tanya tentang studi dan sampaikan tips2 yang berguna, tangan laju mencatit..pertama..makanan otak…kedua..susun masa…ketiga ..jangan buat kerja lasminit…dan seterusnya. Anda pun semakin banyak persoalan (mushkillah) yang timbul. Eh! Penuh satu muka surat dah pasal studi!

5) Super banyak games!!

Contoh situasi:-
Anda duduk di meja studi sambil mengadap laptop dengan khusyuk atau memegang telefon pintar(smartphone) tanpa kelih ke kanan mahupun ke kiri. (pahe dok?) rupa-rupanya anda sedang bermathurat. Eh. Salah contoh. Permainan yang didownload tu semua ada kepentingannya. Untuk otak kiri, game yang ini..Untuk otak kanan, game yang ini dan itu.. Eh. ada ke macam ni? Haha

Ok. jika benar KPI itu ada dalam diri waktu ini, jangan ambil tindakan nekad terjun gaung, lompat tikam dan sebagainya. Sebarang salah faham tidak dipertanggungjawabkan pada penulis.
Semua itu perkara baik. Ya. Sangat baik. Kita sangat memerlukan seorang ilmuwan, sejarah-wan, chefwan.. erk.

Tetapi,apa yang kurang disitu?
Keseimbanngan?
Ya. Seimbang. Kucing perlukan keseimbangan untuk melakukan jalan kucing (cat-walk) atas pagar rumah, pagar ampaian..bla..bla.. Bukan kucing je ada masalah, jerung dalalm laut pun ada masalah. Gulp.

Bagaimana dalam daily cycle (kitaran harian) kita, kita memerlukan solat 5 waktu dicelah2 kesibukan kehidupan untuk seimbangkan antara keperluan jasmani dan rohani. Yang mana kalau dicermati kembali, sangat sedikit kita sediakan untuk rohani kita berbanding jasmani. Dalam sehari, untuk jasmani sahaja makan 6 kali sehari campur supper , kudap-kudapan lagi. Tidur dah set jam pukul 11 malam wajib atas katil sambil golek-golek , campur guling-guling shin chan. Waktu petangnya pergi pusing2 di taman. Begitu kita teliti untuk jasmani kita.

Kita imbas kembali zaman para sahabat. Mereka siangnya mengajak orang mendengar pengisian, berlatih perang, pada masa yang sama ibadahnya pun mantopp! Kita lihat pula Hasssan al-Banna yang sezaman dengan kita. Seorang pelajar pada siangnya. Pada malamnya, renggang tulang pinggul daripada tempat tidurnya. Sehinggakan dilihat oleh rakannya dari  tidur sehingga dia bangun tidur,Hassan Al-Banna masih lagi membaca AL-Quran.Betapa kurangnya tidur beliau. Dan insha’a Allah kita boleh untuk seimbang dunia dan di akhirat seperti mereka.

Bila seimbang jasmani dan rohani, apa cabaran sekalipun dapat ditempuh dengan tenang. Insha’a Allah. Bagaimana untuk seimbang?

Kreatifkan dalam memanfaatkan masa.

Ya. Semua akan berbalik kepada pengurusan masa. Prioritikan mana yang perlu di prioritikan. Antara esaimen dan video klip (drama,movie),antara revision dengan nikmat tidur. Ya nikmat. Nikmat yang sementara. Mana yang harus didahulukan. Disini kita akan dapat melihat adakah kita memilih iman atau shahwat kita. Pemilihan harus dilakukan dengan bijak!

Kalau kita masuk dalam makmal, sejak dari bangku sekolah rendah ke sekolah menengah, kita pasti diingatkan tentang peraturan, perkara-perkara yang harus dilakukan dan jangan dilakukan (Do’s and Don’ts). Begitu juga, setelah kita dilahirkan di muka bumi. Pasti ada peraturan dan manual-manual tertentu yang harus di ikut. Begitulah, cantiknya Allah menghadiahkan kita satu agama yang lengkap dengan manualnya. Dikira satu nota cinta  bagi hamba-hambanya yang dikasihi. Bukan Dota! Erk. Mari kita lihat ayat2 cinta dari Allah s.w.t. untuk kita :-

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(59:18)

…Hendaklah kita melihat apa yang telah kita sediakan  untuk hari esok. Berbuat untuk hari esok. Ayat mudahnya-merancang untuk hari esok. Dalam bentuk sistematik sikit, pengurusan masa. Pasti yang terbayang didalam awan-awan fikiran kita adalah jadual (timetable)! Adakah anda punya satu?? Pastikan saat ini, pada detik ini, anda mencari atau berusaha untuk mencari satu kertas untuk membuat jadual. Tidak perlu kta masukkan waktu makan, waktu tidur, waktu basuh baju (bagi yang tinggal di asrama atau orang bujang,hihi).Tidak perlu! macam tak perlu jer. ok.

Apa yang kena ada, hanya listkan task, dan duedatenya. Kemudian bahagikan kepada tahap kepentingnnya. Lebih mudah buat dalam 4 kotak.

1) Important but not urgent
2)Not important but urgent
3)important and urgent
4)Not important and not urgent (Selalu dikategori ini ialah movie2. erkk)

Dan anda perlu tampal di tempat yang anda mudah lihat. Tidak kisah lah pintu fridge, dinding katil. atau pintu loker. Tampal sahaja! Pastikan anda tampal dengan cantik dan kemas.(takut pulak mak marah-marah,kakak ,hadek ke abang yang satu bilik) kalau, single boleh tampal terus life planner disitu. huahaha! Digalakkan ye!

#hanyacadangan,ambilyangbaikuntukmanfaat. ;)

Monday 14 October 2013

Ketenangan yang hilang



بسم الله الرحمن الرحيم


إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون

“Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak”
Perkataan ini diambil oleh Ibnu Rawaahah daripada Mu’az Bin Jabal lalu disampaikan kepada Abu Dardaa’ ra.

Jika saat ini kita disibukkan dengan urusan-urusan pembelajaran, pekerjaan di pejabat, urusan-urusan di rumah, rancangan-rancangan kegemaran di televisyen, pengikut-pengikut di muka buku, pengicau dan sebagainya; seharusnya kita berhenti dan merenung sejenak. Berfikir sebentar adakah sedikit-sebanyak ia merapatkan diri ini dengan Allah?

Jika semakin banyaknya ilmu, menjadikan diri kita semakin keras akhlaknya, semakin jauh dari orang ramai, maka ada perkara yang perlu kita periksa kembali.

Jika semakin banyak amanah yang dipegang membuatkan kita semakin ambil mudah hubungan kita dengan kaum kerabat malah dengan Tuhan sahaja berkira, maka ada perkara yang perlu kita periksa.

Jika urusan-urusan di rumah terabai, suami atau isteri dan anak-anak makin membuatkan kita serabut malah menyempitkan dada, maka ada perkara yang perlu kita periksa.

Ke mana hilangnya ketenangan? Ke mana perginya kebahagiaan dan keberkatan?

Hati manusia itu tersimpan semua perasaan. Perasaan sedih, gembira, bersyukur, keluh-kesah, bahagia, tenang dan hati juga yang melahirkan perasaan tersebut bagi pemiliknya. Hati menghantarkan isyarat kepada akal dan seterusnya kepada anggota badan. Jika baik pemiliknya menjaga hatinya, maka hati yang baik akan memancarkan aura ketenangan pada sikap dan luaran. Jika buruk dan sambil lewa pemiliknya menjaga hati, maka terlihat buruk pada sikap dan luaran. Dari dalam akan terbit pada lahiriahnya. Maka penting atau tidak penting untuk menjaga hati kita ini?

Penting. Kerana apa penting? *Senyum.

Kerana Allah s.w.t. melihat pada kondisi hati kita. Kondisi baik buruk hati kita. Bukan pada rupa paras hambanya, bukan juga pada melimpah-ruah harta hambanya. Cuba bayangkan jika itu yang menjadi ukuran? Sesungguhnya Allah s.w.t. jauh daripada sifat-sifat seorang hamba. Bergembiralah walaupun tidak memiliki paras yang menawan/kacak bergaya mahupun harta yang bertingkat-tingkat, kerana Allah  s.w.t. itu hanya melihat kondisi hati kita. Adil bukan? *Senyum bahagia. 

A028
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. {13:28}


Cermati masa kita. Apa yang kita isi ketika lapangnya? Adakah kita isi dengan perkara-perkara yang menghidupkan jiwa kita? Atau kita menggelapkannya lagi dengan perkara yang tidak bermanfaat dan melalaikan kita daripada mengingatiNya?




Majlis yang tak dipilih

Pernah tidak, kita merasakan ketenangan bila berada dalam apa jua majlis yang mengingatkan kita pada Allah? Atau selepas balik dari masjid mahupun surau, terasa lapang dada kita; perasaan tenang menyusup dalam hati kita.

A011

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, ''Berilah kelapangan di dalam majlis,'' maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. {58:11}

Jika ya, Alhamdulillah Allah telah memilih hati kita untuk mengingatiNya. Bukan semua dapat peluang ini,tahu?

Mungkin saja ada diantara kita disibukkan dengan urusan-urusan belajar berkumpulannya, siaran liga bola sepaknya, drama-drama melayu di waktu maghribnya, tak termasuk lagi yang k-popers, nak buat cekodok, membeli tak belah-belah di mall dan seangkatan dengannya. Tiba-tiba, banyak yang ingin di buat sewaktu panggilan azan dilaungkan. Jika mendengar azan, diendahkan pula. Alahai.

Sehingga satu tahap, kita merasakan ada yang tidak kena pada diri kita. Buat itu salah. Buat ini pun salah juga. Perasaan sedih mula terbit. Malah, apabila diminta untuk buat keputusan, bingung hendak memutuskan apa yang terbaik. Bingung kenapa diri jadi begini.

Mungkin itulah tanda yang Allah hendak tunjukkan, yang kita sudah jauh denganNya. Maka, lapangkanlah 'hati' kita untuk menghadiri majlis-majlis ilmu mahupun berbulatan gembira. Lapangan masa kita untuk duduk beriman sejenak. Usah berkira-kira dengan masa yang ada, jika masa itu pun Tuhan yang beri. Kalau hati sudah lapang fikiran pun lega , akal pun terbuka dan rezeki yang halal pun dapat didatangkan Tuhan dengan lancar.

Mudah-mudahan dalam kita menunggu mesyuarat/kuliah, kita isi dengan bacaan tilawah.
Mudah-mudahan dalam sesak jalan dengan manusia yang penat dan pelbagai ragam, kita sejukkan hati dengan istighfar dan zikrullah.
Mudah-mudahan dalam apa jua keadaan, hati dan ingatan tidak pernah lupa untuk mengingatiNya. Kerana apa? Hanya dengan mengingati Allah s.w.t. hati itu akan menjadi tenang. 

Monday 2 September 2013

Inilah Permulaannya



Alhamdulillah thumma alhamdulillah :)


Dengan nikmat masa yang diberikan, anugerah akal yang dikurniakan dan tubuh badan yang sihat, mudah-mudahan terus diberikan peluang dan ilham untuk memberi manfaat. Bukan untuk diri saya seorang sahaja, tapi untuk semua yang membaca dan yang menyebarkan. In sha'a Allah.


Dengan lafaz bismillahhirrahmanirraim, moga hasil pena dan ilham mencurah-curah. Moga terus kerana Lillah.

Mudah-Mudahan.

Doakan. :)