Saturday 3 January 2015

Udah le tu merajuk.

Jom keluar main! Kredit

Dalam dunia tarbiyah ini yang penuh dengan onak dan duri, di tambah dengan kaca dan serbuk besi berselerak *peh sakit kaki, kental dan tabah adalah syarat yang utama dalam menjadi ahli. Manakan tidak, diri akan diuji dari segenap sudut. Untuk menjadi manusia yang hebat, tidak akan dengan duduk berpeluk tubuh dan goyang kaki laksana puteri. Pasti akan muncul tribulasi, dihimpit kontroversi, dan dihentam emosi. Ceywah!

Ok. Serius. Tak tipu. Ini benar belaka.

Walaubagaimanapun, hanya dengan hati yang benar-benar ikhlas dalam berbuat sehingga ke akhirnya yang dapat bertahan. Hingga ke pintu syurga bak kata orang. Dalam kita dihentam demi mentarbiyah orang, dalam kita membimbing mutarabbi, dalam keadaan masalah diri, jangan pernah kita merasa jatuh *down. Kerana iman kita sedang diuji. Dan masa yang sama dicucuk syaitan dari kiri, kanan, atas, bawah, malah tidak ketinggalan syaitan yang bertopengkan manusia dalam menarik ke jurang bersama. Hingga ke jurang neraka. 

Jika dibiarkn diri hanyut tak diselamatkan dengan pelampung iman, tali ukhwah fillah, mahupun jaket keselamatan kesabaran, kita pasti akan lemas terkapai kapai dalam lautan prasangka sendiri. Sangkaan kita pada manusia yang buruk-buruk, sangkaan kita pada diri kita yang hodoh-hodoh, dan paling teruk sekali, sangkaan yang tak patut pada pencipta diri sendiri. Bagai kacang lupakan kulit. 

Lupakah kita pada nikmat Tuhan selama ini?
Sedari lahir hingga mati.
Segala yang diperoleh percuma pasti,
Hanya khalifah tugas digalas beri.

Keluarlah dari kepompong fikiranmu sendiri. Kenalilah orang disekeliling. Mungkin anda belum mengenali mereka sepenuhnya menjadikan prasangka anda bukan diperingkat pra lagi. Mungkin dah sampai peringkat sekolah menengah mahupun universiti. *Eh. Berlapang dada lah dalam menerima teguran. Salamatun sadr.

Mungkin anda boleh bermula dengan membaca buku personaliti di pasaran. Berlambak weh! Cuma susah nak jumpa kalau cari dekat pasar lambak. Erk. Salah satu buku yang popular ialah Personality Plus. Versi tempatan pun ada diterbitkan oleh Hijjaz Record Publication. Ada empat ciri personaliti yang dibahaskan di dalam buku ini iaitu Peaceful Phlegmatic, Perfect Melancholy, Choleric, dan juga Sanguine. Bku ini sangat menarik bagi mereka yang ingin lebih mengenali diri-sendiri dan mungkin juga membantu dalam hubungan seharian dengan insan di pejabat, di rumah dan juga mutarabbi.


Anda juga boleh layari mana-mana laman sesawang dengan bantuan Pak Cik Google jika berminat ingin mengetahui ilmu ini tapi dengan cara tidak mahu berlabur. Eheh. Tidak rugi membaca bahan sebegini kerana ia membantu untuk menganalisa diri sendiri malah memperbaiki kelemahan diri. Sudah tentu dengan izin Tuhan. In sha'a Allah.

Pelik tapi Benar.



Dalam kehidupan seharian. Mesti kita punya tanggapan pada orang di sekeliling kita ini pelik. *Sambil geleng kepala.

Situasi 1: Dalam tren.

*Semua sibuk dengan diri masing masing.
Si A sedang ber'selfie' dengan gaya rambut yang baru dipotong barangkali. Biasa dah tengok.
Si B sedang melayan fikiran. Hanyut memikirkan masalah pejabat mungkin. Biasa jugak tengok ni.
Si C tenang dengan penuh senyuman menunggu tren. *Berkat solat Dhuha. Koff. Erk.
Si D tengah pegang smartphone sambil mulut terkumat-kamit. Whoa!
A, B, C, menala pandangan pada Si D.
Pelik.


Situasi 2: Dalam kelas. Sebelum pensyarah masuk.

Si A sedang garu smartphonenya. Biasa tengok ni.
Si B bersembang dengan Si C tentang isu semasa kolej. Mahasiswa cakna lah katakan. Biasa~
Si D sedang pegang buku kecil sambil mulut terkumat-kamit.
Si A, B, C pandang macham pelik.

Situasi 3: Aktiviti Dewan Pelajar

Si A dan Si B bertentang laptop. (lainan jantina) Kitorang belajar lah ni!
Si C dan Si D dan geng-gengnya berkumpul dalam bulatan kecil tilawah dan diskusi . Balik ke bilik pukul 2 pagi.
Roomate tak tidur lagi, tengah gigih menangani kemelut yang timbul dalam COC (Clash of Clan). Si C bertentang mata dengan roomatenya. Erk.

Semua itu akan menimbulkan tanda tanya. Kerana Situasi 1, mulutnya terkumat-kamit kerana sedang membaca Al-Quran sambil menunggu tibanya tren. Situasi 2 mulutnya terkumat-kamit kerana sedang Al-Mathurat sambil menunggu kedatangan pensyarah. Situasi 3, lambatnya tidur kerana mendengar pengisian dari Murabbi. Timbul tanda tanya kerana kebaikan yang dibuat-buat seolah-olah mahu menunjuk. Sebenarnya, tidak sama sekali. Tidak dipersoalkan pula tindakan buruk manusia lain dalam seharian. Walhal, dalam hati timbul rasa kesal dengan segelintir yang berani mencabar sensitiviti masyarakat, pergaulan yang tidak terbatas dan kegiatan jenayah yang berleluasa. 

Lupakah mereka pada Rukunegara Ke-Lima. *Ceywah. Perkara yang baik pula diperbesar-besarkan. Malah, merasakan pelik jika perkara baik dibuat secara terbuka. Aneh. Omputih kata 'Rare~'. Pernah satu ketika, ketika di dalam tren, seorang yang bertuduh labuh dalam lingkungan awal 20-an, membaca Al-Quran di tempat duduknya. Tidak jauh pula daripada tempat kejadian, seorang lagi sedang membaca Kitab Suci dalam keadaan berpaut pada pemegang. Wah! Kagum sekejap dengan semangatnya dalam ber-ODOJ. Ekor mataku sempat menangkap seorang menangkap gambar apa yang dilakukan oleh mereka ini. Mungkin peristiwa ini sangat janggal di Malaysia walaupun peratusan Islam lebih ramai dari agama lain.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

Kalau disorot kembali, kebudayan Timur kita mula terhakis. Belum lagi disorot dari segi amalan sunah yang diwariskan oleh junjungan kita. Betapa tenatnya hati dari segi makanan rohani. Hedonisme berleluasa, budaya Barat disanjung tinggi, hasilnya...lihatlah! Direkodkan media massa sehari-hari pelbagai pencapaian yang 'memberangsangkan oleh negara Islam ini. Terjerat dalam perangkap pemikiran. Menjadi boneka dunia. Sampai bila harus diperlakukan begini. Tanya diri. Yang pasti, Islam itu akan berdiri juga satu hari nanti. Jadi, usahlah bersedih, bagi yang 'pelik'. Kerana perbuatan baik itu tidak asing, tapi disebabkan ada satu hijab yang membuat mereka melihat ia pelik.

Hijab pada hati si insan. Yang alpa dan lupa diri itu hamba. Bakal kembali menghadap Pencipta bila-bila masa. Teruskan menjadi yang 'asing' itu walaupun payah, walaupun mendapat tentangan dari mereka yang disayangai, yang masih lagi dibuai-leka. Sedarkan mereka bermula dengan diri-sendiri. Ayuh!

Salam Maulidur Rasul semua :)

 

Friday 2 January 2015

Langit Menangis.

  

Langit Menangis.

Ujian itu ibarat garam dalam kehidupan. Mana sedap masakan tanpa garam. Eheh.
Bath Salt Himalayan Pink Salt & Dead Sea Salt as by MaleebyNature

Kamu tahu?

Banjaran Titiwangsa atau juga dikenali sebagai Banjaran Besar menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. Ciptaan Tuhan itu sangat unik tahu? Bukan sahaja banjaran ini menyimpan segala Kacip Fatimah dan Tongkat Ali, Pak Belang mahupun Tali Pinggang Sulaiman. Malah berfungsi sebagai pemecah angin taufan yang dibawa turun dari Laut Cina Selatan. Saya pasti anda tahu mengenai ini. Saja mahu ulang kembali apa yang telah kita belajar sewaktu kita masih hingusan dahulu. Tidak salah bukan? Kekeke

Namun, 
kawasan di belakang Banjaran Besar ini terkesan teruk daripada angin Monsun Timur. Tidak lain dan tidak bukan pastilah negeri Cik Siti Wan Kembang , dan adik beradiknya. Malah, tidak cukup dengan adik-beradik Cik Siti, adik-beradiknya di utara juga terkena tempias. Boleh dikatakan dalam sejarah juga bah yang menimpa negeri-negeri ini. Keadaan semakin parah apabila keadaan ini menyebabkan bekalan elektrik terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada air hujan bersatu dengan sungai dan kerabatnya di laut. Matahari segan ingin menyertai perhimpunan keluarga ini. Iyalah. Tidak mendapat jemputan. Tetapi, Matahari tidak berasa hati, terus memancarkan terik sinarnya di negeri-negeri lain. Satu nikmat yang sering kita lupa. Sinar Matahari yang percuma. Anugerah dari Tuhan Alam Semesta.

Satu nikmat demi satu nikmat di tarik tanpa sedar.

 "Alif,Lam,Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman" sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian). Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah al-Ankabut:1-2)"
Tanpa sedar kerana kurang merenung mungkin.
Dan untuk harga satu kesedaran,
Ujian datang sebagai peringatan.
Tanda Tuhan masih lagi sayang.

Moga terus kuat. 
Moga negara kita terselamat dari kemurkaan Tuhan.
Semoga segala urusan yang baik dipermudahkan.