Wednesday 12 February 2014

Iman Mencair *gulp*


*Membaca artikel ini di bawah dan melihat gambar di atas adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang gendang tali kecapi yang berbunyi dari dalam perut anda, pengeluaran air liur yang luar biasa banyaknya, mahupun otakbeku (Baca: Brainfreeze). Erk.*

Pastikan air liur yang meleleh itu anda segera lap ye! Walaupun gambar tersebut menggiurkn dan mencairkan air liur, sila bersedia dengan sapu tangan di tangan anda sambil membuat gaya menongkat dagu agar orang ramai tidak perasan yang ada aliran sungai mula mengairi tebing bibir anda! Wahaha! sila sedut balik dengan segera. Tak cun/macho la bro/sis! *Ketawa kecil*

Slrpppp!

Betapa nikmatnya jika anda dapat menjilat dan merasa ais krim tersebut. Kesejukan ais krim berperisa ubi keladi dan vanila (sila letakkan apa jua perisa yang anda suka, dan pasti bukan produk boikot ye) turun dari keronggokan anda. Pehh! Nikmat!! Ditambah pula dengan suasana yang panas (Musim SEJUK dah habis dah) dengan lambakan kerja di pejabat/asrama. Gambar ini hanyalah dugaan kecil sahaja. Sila jeles! Huahaha.

Namun, bukan isu ais krim yang mencair akibat pemanasan global itu yang ingin di bahaskan di sini, apatah lagi Pak Cik Abdul tuan punya ais krim. *Kerut dahi*
Perkara biasa yang didengar tetapi kita ambil enteng. Sangat enteng. Ya! Buktinya, anda membiarkan ia mencair seperti ais krim di atas. *Tak pasal-pasal ais krim kena*

Kita sering berusaha untuk meningkatkan amal ibadah kita sehari-hari,apatah lagi di musim cuti yang nikmat masa itu banyak tak terkira. Mungkin ada di antara kita, dah tersusun kemas jadual ibadahnya supaya tidak diganggu-gugat oleh urusan dunia yang duniawi. Tapi masih gagal.
Dan lama-kelamaan, diri kita makin sibuk dengan urusan dunia yang duniawi ni. Semakin jauh dari masjid, semakin kurang amalan sunatnya, semakin sedikit masa yang diperuntukkan untuk agama, untuk keluarga, teman se-usrah, malah untuk Pencipta sendiri.

*Hiris bawang*

Iman mencair perlu segera diambil tindakan. Perlu mencari sebab-musababnya mengapa ia mencair. Adakah kita salah menggunakan nikmat panca-indera yang diberikan? Adakah kita semakin lupa bahawa kita hanya lah hamba. Ya. Hanya HAMBA pada hakikatnya. Yang perlukan tempat bergantung. Yang rezekinya diberikan Tuhan. Yang pada bila-bila masa sahaja nyawa akan di tarik. Yang pada bila-bila masa sahaja akan menghadap Ilahi.

Duhai diri, sedarlah. Kita di dunia hanya sementara cuma. Berbuat baiklah, taatlah pada perintah Tuhanmu. Wahai hamba.

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (QS. Al Mukminun [23]: 115)


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (QS Adz-Dzariyat [51] : 56)

Mari. Mari kita mengejar yang abadi. Lillahita’ala. Insha’a Allah :)





No comments:

Post a Comment